Monday, 6 February 2012

Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu

Fikirkan dan berusaha lakukan. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1. Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3. Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4 Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalam semua hari.

Allah SWT berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini.....

10 Jenis Tangisan

 


terdapAt 10 jenis TANGISAN dalam dunia ini :
Menurut Ibnu Qayyim –

1. Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati
2. Menangis kerana rasa takut
3. Menangis kerana cinta
4. Menangis kerana gembira
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan
6. Menangis kerana terlalu sedih
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang;
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis
10. Menangis orang munafik – pura-pura menangis..

Mana satu tangisan yang selalu kita tumpahkan air mata ini?

Nabi Muhammad Mennagis mengenangkan umatnya iaitu KITA...
Bagaimana dengan kita? ke mana kita salurkan tangisan kita??

Aishah r.a telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:

”Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?”Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:”Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan.”

 

Muslimah Sejati

Ada ke ciri ciri ini pada KITA???

Muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata.

Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,
Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya...

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya
 Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara

Muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan
Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa besarnya ujian yang ia jalani
Muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat.

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”

Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”

Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)


‎10 Ciri Suami Mithali..

 ADA KE CIRI NI PADA KITA??
SUAMI MITHALI CUKUP KE DENGAN MENYEDIAKAN NAFKAH UNTUK KELUARGA??

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.
2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.
... 3. Jangan layan dia seperti ‘LALAT’.
4. Elakkan terlampau banyak RUNGUTAN.
5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.
6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.
7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.
Kemudian lakukan lah perkara itu lagi.

8. Jangan merendahkan keinginan dia. Pujuklah dia.
9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.

Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”.

Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.
 
 

Wanita solehah

••► Sejumlah lelaki bertanya masih adakah wanita solehah di zaman ini?

••► Sejumlah wanita bertanya masih adakah lelaki soleh di era ini?

~► Kenapa tidak bertanya sudahkah diri ini berusaha menjadi soleh dan solehah? »» Kerana jika kita sudah berusaha menjadi soleh dan solehah, maka kita akan yakin yang soleh dan solehah itu masih wujud..Dan akan menjadi masih ramai lelaki soleh dan wanita soleh...ah jika setiap dari kita terhitung menjadi salah satunya

Allah berfirman, ertinya :

“Wahai manusia ! Bertaqwalah kamu kepada Tuhanmu, yang telah menjadikan kamu dari satu diri, dan daripadanya dijadikanNya serta dari keduanya Dia memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Bertaqwalah kepada Allah yang kamu telah bertanya tentang namaNya yang peliharalah keluargamu. Sesungguhnya Allah Pengawas atas kamu.”

keadaan di neraka


Dari Anas bin Malik r.a berkata: Jibrail datang kepada Nabi Muhammad S.A.W pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Rasulullah S.A.W:

“Mengapa aku melihat kau berubah muka?”. Jawabnya: “Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu... benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.”

Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahariKu. Tahukah kamu bahawa:

* Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
* Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
* Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
* Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
* Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
* Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
* Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
* Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
* Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
* Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai70,000 rantai
* Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Jika memang tulisan ini dianggap bermanfaat untuk rakan-rakan, silakan share kepada rakan-rakan yang lain.

Sepertimana sabda Rasulullah SAW:

'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:
(1) Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa anak-anaknya yang soleh dan (3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Sunday, 5 February 2012

kerana kau ratu hatiku...

wahai sahabat ku...
 ingatlah ibumu yang setia menanti kepulangan mu..
.
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)". (Luqman ayat:14)