Tuesday, 16 April 2013

Senja Waktu kesukaan Syaitan

Morib, Banting ( gambar sekadar hiasan)

Syaitan tidak mahu manusia menyembah Allah. Pelbagai cara dilakukan oleh syaitan bagi melengah-lengahkan manusia daripada mengingati Allah. Antara waktu kesukaan syaitan bagi melengah-lengahkan manusia ialah waktu senja.

   Waktu senja adalah waktu syaitan berpesta. Pada waktu ini syaitan membisikkan rasa seronok ke dalam hati manusia supaya keluar rumah. Syaitan mendorong manusia turut sama berpesta di luar rumah seperti pergi ke pasar-pasar ataupun berkumpul bersama jiran dan kawan-kawan sambil berbual-bual. Dengan cara itu, manusia menjadi lalai daripada mengerjakan sembahyang Maghrib yang tempoh waktunya sangat singkat.
Nabi Muhammad tidak menggalakkan umatnya keluar rumah pada waktu senja melainkan bagi tujuan yang tertentu seperti pergi ke masjid atau tempat kerja. Beliau melarang kanak-kanak berada di luar rumah pada waktu senja kerana dibimbangi syaitan mengganggunya. Malah semua pintu dan tingkap rumah hendaklah ditutup.


 
Hadis:Dari Jabir r.a katanya:"Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja." (Muslim)

 

No comments:

Post a Comment