...
Antara pesanan Baginda: “Tidak ada sesuatu yang dipenuhkan oleh anak-anak Adam yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap yang dapat menegakkan tubuhnya. Walaupun mahu dipenuhkan, satu pertiga bagi makanannya, satu pertiga bagi minumannya dan satu pertiga lagi bagi pernafasannya.” Hadis riwayat at-Tirmidzi
Rasulullah mendidik kita supaya mengamalkan gaya kesederhanaan dalam makan untuk memberikan tahap kesihatan tubuh badan berkualiti tinggi. Sahabat Rasulullah, Saidina Umar al-Khattab prihatin dalam aspek makan minum.
Nasihat Umar: “Jauhilah sikap rakus dalam makan kerana perbuatan itu merosakkan tubuh, mengundang penyakit dan membuatkan kita malas mengerjakan solat. Kamu perlu bersikap sederhana kerana ini adalah lebih baik bagi tubuh kamu. Jauhkan diri daripada sikap berlebihan kerana Allah tidak menyukai orang yang alim tetapi gendut.”
Pesanan Umar ini kaya dengan hikmah ilmu sains kesihatan dan beliau juga mensabitkan akibat berlebihan makan akan melonggarkan semangat untuk beribadah kepada Allah. Justeru, ambil dan hayatilah pesanan itu demi kesejahteraan dan kesihatan diri kita
Perkara kedua yang perlu dihindari daripada berlebihan ialah dalam aspek turut kata. Ada sesetengah kita suka sangat memperkatakan sesuatu hal dan suka dianggap sebagai seorang fasih dalam berbicara.
Jika apa yang diperkatakan itu menjurus ke arah manfaat memanglah sangat baik dan berpahala. Tetapi yang biasa berlaku adalah sebaliknya.
Banyak cakap, banyak salah
Abu Hurairah berpesan: “Tidak ada kebaikan di dalam berbicara yang berlebihan.” Kenyataan itu disokong oleh Umar al-Khattab yang berpesan: “Orang yang banyak cakap, maka banyaklah pula salahnya.”
Dalam asyik bercakap, mungkin tanpa disedari atau sememang menjadi tabiat, kita sering memperkatakan sesuatu yang tidak tepat faktanya. Ada juga yang sering memperkatakan hal orang lain dengan menceritakan keaiban seolah-olah tema itu menjadi suatu topik wajib.
Imam al-Ghazali ada menegaskan, bahaya kata-kata atau lisan menjadi racun pertama hati yang akan menyebabkan manusia semakin jauh daripada cahaya hidayah Allah.
Akibat tidak bijak mengelolakan lidah, manusia akan berkata apa saja tanpa memikirkan kesannya kepada orang lain. Oleh itu, jangan menurut kehendak lidah yang selalu mengajak kita berbicara sesedap rasa dan sesuka hati tanpa memikirkan impak buruk bakal menanti di akhirat kelak..
![]() |
Gambar Sekadar Hiasan |
No comments:
Post a Comment